Jangan tolak tawaran MRSM meski berdepan masalah kewangan – Asyraf

PENGERUSI MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merayu pelajar yang mempunyai masalah kewangan agar tidak menolak tawaran menyambung pengajian ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Tegasnya, beliau telah mengarahkan semua MRSM untuk menerima semua pelajar tanpa mengira keadaan kewangan mereka.

“MARA akan mencari penyelesaian bagi membantu pelajar berkenaan.

“Saya ingin tekankan bahawa pelajar yang telah menerima tawaran tetapi menghadapi cabaran kewangan, seperti kos pakaian seragam atau keperluan asrama, tidak seharusnya menolak tawaran mereka dalam apa jua keadaan. Sila hubungi MRSM yang berkaitan.

“Kami telah mengarahkan semua MRSM untuk menerima pelajar ini terlebih dahulu, walaupun mereka menghadapi kesulitan kewangan, dan kami akan mencari jalan untuk membantu mereka,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat MARA di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan seramai 8,909 pemohon ditawarkan mengikuti pengajian ke MRSM bagi kemasukan tahun ini.

Ia merangkumi 7,229 tempat disediakan bagi tingkatan satu, manakala 1,680 tempat pula bagi tingkatan empat.

Related Posts

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berhasrat melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan siasatan bebas dalam menyiasat  penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang tempatan bagi menilai semula keseluruhan prosedur sedia ada. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos