Bom UXO 250kg tinggalan Perang Dunia Ke-2 di Semporna dimusnah

SEMPORNA – Sebuah bom ‘Unexploded Ordnance’ (UXO) seberat 250 kilogram (kg) tinggalan Perang Dunia Kedua di Perairan Pulau Sibuan berjaya dimusnahkan pada Sabtu.

Bom berukuran tiga kaki panjang dan satu kaki lebar dipercayai bom tinggalan Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1945 berkenaan dimusnahkan Tim Penyelam Ranjau TLDM kira-kira pukul 3.10 petang.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataannya berkata, tim penyelam dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) Lumut dan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) Sandakan telah diatur gerak bagi operasi pemusnahan bom UXO sejak Jumaat.

“Bom UXO telah berjaya dimusnahkan dengan menggunakan kaedah ‘Blow in Place’ (BIP) iaitu suatu kaedah pemusnahan di lokasi penemuan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang tertinggi.

“Tiada sebarang kerosakan harta benda dan alam sekitar marin dilaporkan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, hasil ‘Post Blast Investigation’ (PBI), mengesahkan UXO berkenaan adalah jenis Aerial Bomb iaitu sejenis bom yang dilepaskan oleh pesawat udara.

“TLDM turut mendapat kerjasama daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna,” katanya.

Selasa lepas, The Malaysia Press melaporkan Taman-Taman Sabah menutup sementara Substesen Pulau Sibuan selepas sebuah objek dipercayai bom ditemui.

Related Posts

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

GEORGE TOWN – Rasuk kayu yang dimakan anai-anai dikenal pasti menjadi punca kejadian runtuhan struktur di sebuah rumah kedai warisan di Lebuh Armenian, di sini yang mengakibatkan dua pelancong warga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

KOTA KINABALU – Petronas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah melancarkan dua platform digital bagi mempertingkat pembangunan tenaga kerja industri minyak dan gas. Pengarah Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan