
SEMPORNA – Seorang bayi lelaki antara enam meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau, petang tadi.
Lima mangsa lain dari kenderaan sama dinaiki iaitu Proton Wira membabitkan tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 4.58 petang.
“Sebaik tiba, bomba mendapati terdapat 15 mangsa terlibat iaitu enam mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lelaki cedera dari kenderaan Proton Wira, empat mangsa dalam kenderaan Isuzu D-Max dan empat lagi mangsa dalam Toyota Innova tidak mengalami kecederaan.
“Kesemua mangsa yang meninggal dunia disahkan Pegawai Perubatan telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.
Operasi kemudian ditamatkan pukul 7.16 malam.





