Anggap Pulau Batu Puteh sekadar batu, bukti Tun M tidak patriotik – Puad

KEHILANGAN Pulau Batu Puteh bukan soal untung atau rugi, tetapi Malaysia telah hilang kedaulatan selamanya berikutan kehilangan pulau tersebut.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mempunyai semangat patriotik mengenai kehilangan hak ke atas Batu Puteh.

Mohd Puad berkata, soalan yang sepatutnya ditanyakan kepada Mahathir adalah mengapa Singapura tetap bertegas mahukan Batu Puteh.

“Ternyata Mahathir tidak patriotik. Dia boleh kata “Batu Puteh sekadar batu, buat apa kecoh”. Itu kenyataan Tun M dalam temu bual dihoskan bekas menteri, Idris Jala dan anaknya Leon.

“Patut Tun M tanya kenapa Singapura pula beriya-iya mahukan Batu Puteh? Seperti laporan oleh The Strait Times, Singapura sudah membina tempat kapal berlabuh, tambahan logisitik dan kemudahan komunikasi di situ,” katanya di Facebook pada Sabtu.

Pada episod podcast yang dihoskan oleh bekas menteri, Idris Jala dan anaknya Leon, Mahathir berkata, Malaysia tidak banyak untung dengan memiliki Batu Puteh, yang saiznya kira-kira sebesar sebuah padang bola sepak.

Bekas Perdana Menteri itu turut mempertikaikan dakwaan bahawa beliau menyebabkan negara kehilangan tanah berharga.

Menurutnya, beliau sebenarnya telah meluaskan wilayah negara dengan membangunkan Pulau Layang-Layang di Sabah dan menebus guna tanah untuk mewujudkan pulau-pulau di luar Langkawi.

Bagaimanapun Mohd Puad berkata, tindakan Singapura menambak tanah di pulau itu secara tidak langsung memberi kesan negatif untuk para nelayan di perairan negara.

Katanya, Mahathir yang berusia 99 tahun tidak sewajarnya menggadaikan kedaulatan negara dan mendatangkan kerugian berbanding keuntungan dinikmati oleh Singapura.

“Itu termasuk penambakan tanah tujuh hektar untuk meningkat keselamatan maritim. Tidakkah penambakan itu nanti akan bawa kesan buruk kepada negara khususnya para nelayan kita?

“Ini bukan soal batu, sepatutnya seinci tanah tidak tergadai. Singapura yang untung besar. Tetapi Malaysia hilang kedaulatan selama-lamanya,” katanya.

Untuk rekod, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob ketika menjawat Perdana Menteri pada 2022, mengakui kemungkinan terdapat kecuaian dan kekhilafan Mahathir sehingga Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan ICJ pada 2008.

Pada 2008, ICJ memutuskan memutuskan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang letaknya kurang satu kilometer (km) dari pulau itu milik Malaysia.

ICJ juga memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira 4km dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Pada 28 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu di bawah pimpinan Mahathir menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok