Polis patahkan sindiket seludup keluar warga Kemboja

PADANG BESAR – Polis berjaya mematahkan sindiket penyeludupan manusia dengan menahan dua wanita dalam operasi di kawasan Gapura Square di sini, Isnin lalu.

Operasi pada pukul 8.30 pagi itu melibatkan pasukan dari Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, sebuah kenderaan jenis Toyota Unser yang dipandu seorang wanita pemastautin tetap berusia 43 tahun telah ditahan.

“Hasil pemeriksaan menemui lima lelaki warga asing di dalam kenderaan itu. Empat daripada mereka memiliki pasport tamat tempoh, manakala seorang lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Pemandu itu dipercayai menerima bayaran RM400 daripada seorang wanita warga Kemboja berusia 34 tahun yang juga dipercayai bertindak sebagai tekong,” katanya di IPD Padang Besar di sini hari ini.

Tambahnya, hasil maklumat tersebut, seorang wanita warga asing yang juga seorang tekong ditahan di negeri jiran.

“Siasatan awal mendapati dia menguruskan kemasukan warga asing ke negara jiran dengan mengenakan bayaran RM900 bagi setiap orang.

“Kedua-dua wanita itu kini ditahan reman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala lima lelaki warga asing tersebut ditahan reman selama 14 hari bermula 7 Januari di bawah Akta Imigresen,” ujarnya.

Mohd. Shokri turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam penyeludupan manusia sambil menegaskan bahawa kawalan sempadan akan terus diperketat bagi memastikan keselamatan negara kekal terjamin.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?