Penanaman salad hidroponik Sejati Madani beri manfaat komuniti setempat

KUALA KANGSAR – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Berala, Kati, di sini, sudah mula menuai hasil pertama tanaman salad hidroponik di bawah peruntukan Program Kesejahteraan Madani (SejaTi Madani) bernilai RM100,000.

Ketua JPKK Kampung Berala, Hairol Azwan Yaakop berkata, menerusi program Sejati Madani ini, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada JPKK, malah seluruh komuniti setempat.

Ujarnya, pihaknya bukan sahaja dapat mempelajari ilmu pertanian secara hidroponik bahkan hasil tuaian boleh dijual kepada komuniti setempat pada harga berpatutan.

Buat permulaan, mereka menjual RM2 satu pot sebagai harga promosi.

“Ini hasil tuaian pertama kami (JPKK) setelah ianya diusahakan kira-kira enam bulan lepas.

“Bermula daripada membuka tapak sehingga terhasilnya tanaman salad yang kita perolehi sekarang.

“Program Sejati Madani ini banyak memberi manfaat terutama kepada komuniti setempat. Hasil yang kita tuai, dijual kepada pengguna dengan harga yang mampu dimiliki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan The Malaysia Press (TMP) selepas hadir pada Majlis Perasmian Program Komuniti Sejati Madani, Projek Penanaman Sayur dan Buah Rock Melon secara Hidroponik di Kampung Berala, Kati, pada Jumaat.

Program tersebut turut dirasmikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar DUN Chenderoh, Datuk Ariff Abdul Majid.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Dr. Kamarul Liza Hashim; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Akmal Ersyadiah Abdul Razak dan Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar, Noor Azlan Mohamed Khawari.

Tambah Hairol, buat permulaan, pihaknya menanam sebanyak 2,000 pot salad hidroponik termasuk tanaman rock melon dan timun.

“Kita memberi keutamaan kepada penanaman sayur kerana selain cepat, penjagaan juga mudah.

“Kita tanam dalam canvas berkeluasan 40×50.

“Selepas ini, perancangan kita untuk menanam sayur sawi dan seterusnya salad semula untuk sasaran penjualan pada musim perayaan nanti,” ujarnya.

Beliau turut memanjat rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Madani yang membuka ruang serta peluang kepada komuniti kampung melalui program bermanfaat seperti Sejati Madani ini.

“Peruntukan RM100,000 untuk setiap kampung amat bermakna buat kami (JPKK) sebagai pihak yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya,” tambah beliau.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan Sejati Madani bertujuan mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi melibatkan semua kampung di seluruh negara tanpa ada yang terkecuali.

Meskipun tidak dilaksanakan secara serentak, namun pelaksanaannya diserahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk menyusun program menerusi peruntukan yang diberikan dalam Belanjawan 2025 bagi meningkatkan ekonomi perkampungan.

Menerusi Sejati Madani, peruntukan paling minimum RM50,000 dan maksimum RM100,000.

Lima sektor tumpuan Program Sejati Madani iaitu Pertanian dan Makanan; Jahitan dan Kraf Tangan; Herba dan Kesihatan; Pelancongan dan Hospitaliti serta Aktiviti Hijau dan Kitar Semula.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini