Pendigitalan perpustakaan semarakkan budaya membaca

SUNGAI NIBONG – Penubuhan Perpustakaan Digital Pulau Pinang dan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang bertepatan dengan harapan kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga aspirasi negara dalam dunia tanpa sempadan.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, kerajaan negeri sentiasa menekankan tentang kepentingan untuk membudayakan dan menghidupkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

“Di negeri Pulau Pinang ada 100 buah perpustakaan termasuk lima perpustakaan daerah di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Daerah Timur Laut dan juga Daerah Barat Daya, perpustakaan bergerak dan perpustakaan di pusat beli-belah.

“Jadi bila disebut tentang negeri pintar, maka dalam konteks itu di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah menubuhkan empat cawangan Perpustakaan Digital Pulau Pinang yang disebut sebagai ‘Penang Digital Library’ (PDL) yang terletak di Seberang Perai Utara iaitu di Tasik Gelugur dan ada satu seksyen digital dalam perpustakaan awam iaitu e-library.

Penang Islamic Digital Library (1)

“Di bawah majlis agama Islam negeri Pulau Pinang hasrat daripada kerajaan negeri supaya majlis agama Islam menubuhkan perpustakaan digital Islam Pulau Pinang yang disebut sebagai ‘Penang Islamic Digital Library’ (PIDL) telah ditubuhkan pada tahun 2023,” katanya ketika program bual bicara santai, Podcast Aspirasi Bersama Komuniti bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, pembaca hanya perlu membayar sebanyak RM5 sahaja sebulan untuk mengakses perpustakaan digital PDL dan PIDL.

“Kalau PIDL dan PDL, dengan membayar yuran keahlian serendah RM5 sahaja sebulan sudah boleh dapat mengakses dan membaca lebih daripada 2,000 buah buku secara digital dengan menggunakan Android dan juga iPhone melalui seksyen e-library di bawah perpustakaan awam negeri Pulau Pinang.

“Dengan telefon pintar yang kita ada, kita boleh baca di mana-mana sahaja, tanpa perlu bawa buku lagi dah dan akhirnya kita boleh untuk membaca melalui buku teks digital malah saya melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang baru ini kita telah meluluskan peruntukan hampir RM6 juta untuk kita tempatkan peranti di sekolah-sekolah kebangsaan dan juga sekolah-sekolah menengah dan kebangsaan,” ujarnya.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman