MBM perlu jadi jaguh isu golongan miskin, pendidikan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Majlis Belia Malaysia (MBM) tidak memfokuskan isu remeh, sebaliknya muncul sebagai jaguh dalam memperjuangkan isu rakyat terutama golongan miskin dan memperbaiki kualiti pendidikan.

Perdana Menteri turut mengingatkan masih banyak golongan memerlukan pembelaan sewajarnya, selain menyarankan MBM turut memberikan tumpuan kepada isu ekonomi serta membangunkan negara.

“Rakyat merempat masih banyak, (masalah) mutu pendidikan masih belum selesai, ramai belum dapat pembelaan, tumpukan ekonomi, bangunkan negara kita, jangan sibuk soal remeh.

“Saya singgung (sentuh) golongan besar yang bilionair, (tetapi) banyak suara atas nama Melayu dan Islam mempertahankan tauke besar.

“Mereka cakap (tuduh) saya dendam. Dendam apa? Kamu curi (wang) berbilion, pulangkan balik kepada rakyat. Ada orang punya (memiliki) kekayaan melimpah di bank luar negara.

“Saya kata bayar balik kepada rakyat (melalui) cukai dan pendapatannya, namun kalau bercakap (mengenai) Melayu, Islam… okey, tetapi pulangkan balik kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM Ke-73 di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Timbalan Menterinya, Adam Adli dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Mengimbau kenangan sebagai Presiden MBM keenam, Anwar mengakui menerima sokongan banyak pihak jika mengetengahkan perjuangan menentang rasuah serta membongkar mana-mana individu yang dikenal pasti mencuri harta.

“Masa saya jadi Presiden MBM, saya fikir ramai akan sokong kalau kita menentang rasuah, bongkar dan cari balik orang curi harta.

“(Segelintir dilihat menjadi) pejuang Melayu, Islam, ahli politik, rupanya tidak semua begitu kerana mereka juga terpukau dengan harta dan kuasa. Sebahagiannya itu, siapa yang berikan mereka dana dan itu yang penting (untuk mereka),” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri mengingatkan belia supaya sentiasa mengutamakan sikap idealisme dan cetusan idea seiring kekuatan semangat demi membawa perubahan di negara ini.

Anwar berkata, belia tidak seharusnya berfikiran lembab, bersikap hambar mahupun terikat dengan mana-mana kelompok tertentu, sekiranya mahu berjaya membawa perubahan.

Sikap sedemikian, katanya, hanya menyebabkan mana-mana individu atau pergerakan belia di negara ini berdepan kegagalan, terutama dari segi cetusan hati nurani.

Related Posts

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah