Malaysia, Singapura bincang semula isu lama kedua-dua negara – PM

MALAYSIA dan Singapura akan meneruskan rundingan mengenai beberapa isu lama membabitkan ruang udara, persempadanan maritim dan bekalan air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pasukan teknikal masing-masing dari kedua-dua negara akan membincangkan parameter berkaitan isu ini.

“Ini adalah isu yang kompleks, dan sudah tentu, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri (Singapura), Lawrence (Wong), pendekatan kami adalah untuk menanganinya secara menyeluruh atau holistik.

“Ini supaya beberapa perkara yang dituntut oleh Singapura dan beberapa perkara oleh Malaysia dipertimbangkan sepenuhnya, dan resolusi muktamad mesti menang-menang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Lawrence Wong selepas mesyuarat delegasi sempena Pemukiman Pemimpin Ke-11, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa isu-isu ini tidak seharusnya mengganggu sikap positif kedua-dua negara terhadap asas sedia ada hubungan ekonomi, tenaga, digital, pelaburan dan perdagangan mereka.

“Rundingan ini telah berlangsung selama beberapa dekad, jadi saya rasa kita tidak perlu menunggu beberapa dekad lagi. Kami sentiasa boleh menyelesaikannya tanpa menunggu mesyuarat tahunan seterusnya.

“Kami bersetuju bahawa kami perlu mengadakan mesyuarat ringkas secara berkala untuk mengkaji perkara ini, membolehkan pasukan teknikal dan pakar kami menanganinya dengan cepat,” katanya.

Wong juga mengesahkan bahawa mereka membincangkan isu dua hala yang telah lama wujud, termasuk ruang udara, air dan persempadanan maritim.

“Ini semua adalah isu penting bagi kedua-dua negara kita kami akan terus membincangkannya secara holistik dan konstruktif dalam konteks keseluruhan hubungan kami yang lebih luas.

“Isunya adalah rumit. Kami telah mencapai sedikit kemajuan, tetapi kami masih memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikannya.

“Tetapi kami akan terus terlibat dengan niat baik, dan sebagai jiran yang baik,” tambah Wong.

Related Posts

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar