UMNO Pahang akur, tak jadi sertai himpunan solidariti Najib

UMNO Pahang akur dengan keputusan parti membatalkan himpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, Isnin ini.

Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, meskipun akur kepada arahan parti, namun ia tidak mengurangkan rasa kasih mereka kepada Najib .

“Sebagai sebuah organisasi, UMNO menjunjung Yang di-Pertuan Agong dan memahami kenyataan dibuat Ketua Polis Negara melalui dua kenyataan media yang dikeluarkan secara berasingan semalam.

“Sehubungan dengan itu, UMNO Pahang akur dan patuh kepada arahan parti, seperti kenyataan media bertarikh 3 Januari 2025 oleh Setiausaha Agung UMNO agar perhimpunan tidak diteruskan.

“Bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Pahang dan rakyat negeri Pahang, saya ingin menegaskan bahawa keputusan ini tidak sedikit pun mengurangkan rasa kasih kami kepada Najib,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malam tadi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan membatalkan himpunan solidariti Najib yang dijadualkan lusa dan akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan arahan polis.

Bagaimanapun UMNO akan menggunakan saluran perundangan yang ada bagi mengemukakan rayuan untuk bekas Perdana Menteri itu.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar