Pertandingan kostum kanak-kanak serlah daya kreativiti

KUANTAN – Daya kreativiti peserta Pertandingan Kostum Kanak-Kanak anjuran Kuantan 188 sangat menarik dan begitu mencuri perhatian pengunjung.

Pertandingan sempena tahun baharu 2025 itu mendapat kerjasama baik daripada ibu bapa dan penjaga peserta yang mengambil bahagian.

Seramai 15 kanak-kanak pelbagai peringkat usia mengambil bahagian dalam program julung kali diadakan itu.

Setiap peserta diraikan oleh Pengurus Besar Kuantan 188, Khalisa Azman yang turut meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Khalisa berkata, tujuan utama pertandingan itu adalah memeriahkan dan menghargai daya kreativiti kanak-kanak.

“Objektif utama adalah untuk meraikan mereka (peserta) dan soal siapa yang menang atau tidak, itu bukan tujuan utama kami.

“Paling penting, semua peserta bergembira dan boleh menunjukkan kemampuan masing-masing dalam mengenakan atau menggayakan kostum pilihan mereka,” katanya.

Beliau berkata, lebih banyak program diatur pihak pengurusan Kuantan 188 sepanjang tahun 2025 untuk meningkatkan lagi imej bandar raya Kuantan.

Katanya, pihak Kuantan 188 juga mempelawa orang ramai untuk mengunjungi menara tertinggi di Pantai Timur itu untuk berbincang dengan pihak pengurusan jika mempunyai idea bagi program yang bersesuaian.

“Kita raikan semua pihak dan sedia untuk bekerjasama dalam merancakkan lagi sektor pelancongan di Kuantan secara amnya, dan Pahang,” katanya.

Related Posts

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

KUANTAN – Seorang anggota polis peronda ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas pengguna Lebuh raya Pantai Timur 2 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari