JKN Terengganu kutip kompaun RM1.6 juta atas kesalahan merokok

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu mengeluarkan 7,578 notis kesalahan bernilai RM1.6 juta mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan dijalankan di 26,951 premis di seluruh Terengganu.

“Daerah Kemaman merekodkan kes tertinggi iaitu 1,247 diikuti Kuala Terengganu sebanyak 1,058 kes.

“Marang pula merekodkan sebanyak 950 kes; Hulu Terengganu (938); Setiu (924); Dungun (921); Kuala Nerus (787) dan Besut mencatatkan 760 kes,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kasemani berkata, Ops ‘Gomo Asap’ yang dilakukan sepanjang tahun 2024 turut memfokuskan Kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) serta lokasi larangan lain.

Katanya, sebanyak 669 notis kesalahan Peraturan 13(1) dikeluarkan kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang merokok.

“Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 618 kesalahan sama yang direkodkan pada tahun 2023.

“Selain itu, sebanyak 639 item pelbagai jenama rokok turut disita dengan nilai RM4,346.10 atas pelbagai kesalahan termasuk penjualan rokok di bawah harga minima RM12 seperti ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan