Jumlah kandungan berunsur penipuan diturunkan MCMC meningkat

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan 63,652 kandungan berunsur penipuan dalam media sosial sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 6,297 kandungan diturunkan pada 2023.

Beliau berkata, penipuan dikenal pasti itu termasuk membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ‘deepfake’, menyamar sebagai orang terkenal, video, grafik dan perkataan.

“Melalui teknologi AI sekarang, memang sangat mudah untuk membuat video ‘deepfake’.

“Kita melihat ramai tokoh terkenal menjadi mangsa seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, baru-baru ini.

“Angka 63,652 (kandungan diturunkan) adalah besar dan ia berdasarkan aduan diterima… tetapi saya percaya ada banyak lagi di luar sana.

“Jadi, sangat penting untuk kita mendidik masyarakat agar lebih peka serta prihatin, selalu membuat semakan dan jika tidak pasti, jangan kongsi,” katanya ketika menghadiri Program Kampung Angkat Madani di Dewan Raya FELDA Bukit Permai, dekat Kulai, hari ini.

Nie Ching berkata, banyak penipuan berbentuk ‘Investment Guru’ seperti membabitkan ‘Zeti Akhtar’ yang berkongsi pengalaman dalam pelaburan yang bertujuan memperdayakan mangsa.

“Sebenarnya, itu adalah helah supaya orang ramai menyertai kumpulan WhatsApp mereka (penipu) dan akhirnya menjadi mangsa penipuan pelaburan.

“Angka daripada polis juga menunjukkan penipuan pelaburan adalah ‘scam’ paling besar,” katanya.

Related Posts

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

KUALA LUMPUR – Penganjuran festival kebudayaan Citrawarna 2026 yang kembali mewarnai negara selepas sedekad berehat, menjadi platform penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya Malaysia kepada dunia. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
113 Rohingya diperiksa, semua miliki dokumen sah UNHCR

KUALA LUMPUR – Seramai 113 pelarian Rohingya yang dipindahkan selepas berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) semalam, disahkan memiliki dokumen sah. Ketua Polis Kuala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin