Pas jangan kurang ajar gambarkan Agong sebagai biawak – Lokman Adam

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengecam tindakan Pas yang seolah-olah menghasut rakyat untuk membenci institusi diraja dengan niat memfitnah.

Semalam, hantaran berbaur sindiran oleh Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang sengaja mencipta spekulasi dengan kenyataan tidak jelas serta berselindung.

Lokman berkata, tidak menjadi masalah jika Pas mahu meneruskan perhimpunan tersebut tetapi tidak perlu membuka ruang fitnah dan hasutan antara rakyat untuk menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kalaupun Pas nak teruskan dengan “Perhimpunan Derhaka”, itu hak dia.

“Tapi janganlah kurang ajar sangat sampai mengambarkan Yang di-Pertuan Agong sebagai biawak.

“Nampaknya usaha menghasut rakyat membenci institusi diraja semakin rancak dijalankan penunggang agama,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Hantaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Mas itu, dilihat cuba memanaskan keadaan setelah UMNO akur dengan kenyataan oleh Istana Negara berkaitan isu pengampunan.

Terdahulu, Istana Negara mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan, termasuk kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong berkaitan pengampunan kepada mana-mana banduan.

Istana Negara menjelaskan bahawa, kuasa Seri Paduka Baginda untuk memberi ampun, tunda dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya termaktub di bawah Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Susulan titah berkenaan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu dengan serta-merta membatalkan Himpunan Solidariti untuk Najib Razak.

Beliau berkata keputusan itu selaras dengan prinsip menghormati titah Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan untuk memberi keampunan atau pengurangan hukuman kepada mana-mana banduan, serta arahan Ketua Polis Negara untuk tidak membenarkan sebarang perhimpunan berkaitan isu tersebut.

Namun berbeza dengan Pas, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tetap hadir bersama ahlinya serta tindakan itu tidak sesekali menyanggah mahupun mengurangi makna dan tujuan titah Yang di-Pertuan Agong.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

KUALA PILAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi supaya tidak menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi ketika menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok, selain mematuhi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan