Warga emas bertemu jodoh di Rumah Seri Kenangan

KUCHING – Pasangan warga emas bertemu jodoh di Rumah Seri Kenangan Kuching apabila melangsungkan perkahwinan mereka.

Difahamkan pasangan tersebut merupakan penghuni rumah warga emas tersebut sekali gus menjadi pasangan suami isteri berkahwin di institusi tersebut.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, pasangan warga emas ini pernah kehilangan pasangan masing-masing.

“Di Rumah Seri Kenangan, kami percaya usia bukan menjadi penghalang untuk mendapat kebahagian selain menghindari kesunyian,” kata beliau.

Tambah beliau, perkahwinan ini membuktikan betapa pentingnya hubungan memberikan sokongan emosi dan kerohanian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak pada Khamis.

Difahamkan pasangan warga emas tersebut disokong oleh pihak JPN dan komuniti gereja dalam memastikan proses perkahwinan berjalan dengan lancar.

Fatimah turut menegaskan kepentingan persamaan dalam kepercayaan agama dan minat sebagai asas hubungan yang kukuh.

Perkahwinan ini mencatatkan sejarah perkahwinan yang pertama di Rumah Seri Kenangan Kuching pada 2025.

Selain itu, pihak institusi berharap ia menjadi inspirasi bagi warga emas lain untuk mencari kebahagiaan.

Related Posts

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

BENTONG – Penilaian risiko pokok matang di laluan FT68 (Jalan Lama Bentong–Kuala Lumpur) berhampiran Genting Sempah–Bukit Tinggi perlu dipertingkatkan demi keselamatan pengguna jalan raya. Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis berkas dua lelaki cuba pecah rumah di Batu Kawa

KUCHING – Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan susulan kes cubaan curi di sebuah rumah sekitar kawasan RPR Batu Kawa pada awal pagi Isnin.    Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintendan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

Polis berkas dua lelaki cuba pecah rumah di Batu Kawa

Polis berkas dua lelaki cuba pecah rumah di Batu Kawa

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025