Pulau Perhentian jadi pilihan pelancong antarabangsa

PULAU Perhentian di Terengganu muncul destinasi baharu paling pesat menarik perhatian pelancong antarabangsa yang melawat Malaysia, demikian menurut platform pelancongan digital, Agoda.

Senarai ‘Horizon Baharu’ platform itu turut menyenaraikan Shah Alam, Selangor sebagai destinasi domestik mencatatkan lonjakan populariti tertinggi bagi pelancong Malaysia.

Sementara itu, Pulau Batam, Indonesia meraih tempat pertama sebagai destinasi antarabangsa paling diminati warga Malaysia yang melancong ke luar negara.

Senarai ‘Horizon Baharu’ Agoda yang diterbitkan setiap tahun, membandingkan kedudukan tempahan penginapan dari dua tahun sebelumnya untuk mengenal pasti destinasi domestik dan antarabangsa yang mencatat lonjakan populariti tertinggi.

Agoda dalam satu kenyataan berkata, kemunculan Pulau Perhentian sebagai destinasi baharu yang semakin menarik minat pelawat antarabangsa mencerminkan peningkatan daya tarikan pantai yang indah di Malaysia.

“Menduduki tempat ketiga dalam senarai destinasi paling popular untuk ‘slow travel’ di Asia oleh Agoda awal tahun ini, pulau peranginan berkenaan adalah antara destinasi mencatatkan purata tempoh penginapan paling panjang dalam kalangan pelancong.

“Ia menjadi tumpuan pencinta pantai dan juga penyelam kerana lautnya yang biru, kaya dengan ekosistem marin dan usaha pemuliharaan terumbu karang di pulau itu.

“Dengan adanya perkhidmatan penerbangan pesawat laut peribadi, pulau ini kini juga lebih mudah untuk dikunjungi,” katanya.

Related Posts

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan