ITQAS operasi bangunan baharu di Sembulan

KOTA KINABALU – Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan diselenggara oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) kini beroperasi di bangunan baharu di Sembulan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Pendidikan, Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, perpindahan tersebut bagi menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa berbanding lokasi sebelum ini di Baitul Ihsan, Kinarut.

“Langkah ini diambil bagi menangani kekangan ruang di lokasi lama yang tidak lagi dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

“Bangunan baharu ini mampu menampung sehingga 100 pelajar berbanding lebih 60 pelajar yang sedang menuntut sekarang.

“Institut ini menawarkan program tahfiz di peringkat diploma, membuka laluan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti terkemuka seperti Universiti Al-Azhar, Shubra dan institusi lain di dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui selepas Lawatan Institut Tahfiz Al-Quran di sini pada Jumaat.

Jelasnya, bangunan ini dahulu merupakan Sekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah dan dinaik taraf menelan anggaran perbelanjaan melebihi RM1 juta dan akan terus dibaiki dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan pelajar.

Dalam pada itu, Ariffin berkata, pihaknya akan mencari satu tempat untuk membangunkan bangunan kekal yang besar bagi membolehkan pengambilan pelajar yang lebih ramai.

“Usaha itu akan dilakukan menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13),” ujarnya.

Related Posts

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan