Pam penggalak dipasang di Bandar Leila atasi tekanan air rendah

SANDAKAN – Pemasangan pam penggalak tekanan air sebagai langkah penyelesaian sementara bagi membantu mengatasi masalah tekanan air rendah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Bandar Leila.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, beliau menyedari masalah bekalan air yang serius di kawasan tersebut sejak beberapa bulan lalu.

“Saya faham betapa sukarnya keadaan ini dan ingin memberi jaminan bahawa usaha sedang dilakukan untuk menyelesaikan isu ini.

“Kerja-kerja pemasangan kabel oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dijangka selesai pada hari Isnin, sementara ujian operasi oleh Jabatan Air Sabah (JAS) akan dijalankan pada hari Selasa.

“Kontraktor Jabatan Air juga menjangkakan kerja sambungan paip akan diselesaikan pada hari ini.

“Jika semuanya berjalan lancar, bekalan air dijangka mula disalurkan pada waktu bukan puncak iaitu pada waktu malam bermula malam Selasa,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Tambah beliau, jika penyelesaian ini berkesan dua lagi pam penggalak akan dipasang di kawasan Tanah Merah dan Bandar Ramai-Ramai bagi memastikan keselesaan penduduk setempat.

Sehubungan itu, George menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat kerana hanya akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Marilah kita bersama-sama mencari penyelesaian yang terbaik untuk kebaikan semua.

“Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan memastikan masalah ini ditangani dengan berkesan.

“Dengan kerjasama semua, cabaran ini diyakini dapat diatasi,” ujarnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP