Bekas Presiden AS Jimmy Carter meninggal dunia pada usia 100 tahun, White House kibar bendera separuh tiang

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter dilaporkan meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Kematiannya disahkan anaknya, Chip Carter, yang berkata mendiang meninggal dunia di rumahnya di Plains pada jam 3.45 petang waktu tempatan.

Carter, yang dikenali ramai untuk usaha kebajikannya di seluruh dunia, dimasukkan ke pusat jagaan hospis di Plains, Georgia pada Februari 2023.

Carter meninggalkan White House selepas hanya satu penggal sebagai Presiden namun semasa pentadbirannya, beliau berjaya mengusahakan perjanjian keamanan antara Israel dan Mesir.

Beliau kemudian memberi tumpuan kepada kerja amal di seluruh dunia melalui Carter Center di Atlanta termasuk program Habitat for Humanity.

Carter, atau nama penuhnya James Earl Carter Jr, dilahirkan di Plains pada 1 Oktober 1924, anak sulung daripada empat adik-beradik kepada Earl dan Lilian Gordy Carter.

Beliau kemudian menyertai Tentera Laut AS sebelum bapanya meninggal dunia akibat kanser.

Carter kembali ke Plains pada tahun 1953 di mana beliau mula berkecimpung dalam dunia politik.

Beliau dilantik sebagai Gabenor pada tahun 1970 dan kemudian memenangi Pilihan Raya Presiden sebagai calon Demokratik pada November 1976 selepas mengalahkan calon Republikan, Presiden Gerald Ford.

Hanya selepas sepenggal di White House, Carter terpaksa berundur diri sebagai Presiden selepas kalah kepada calon Republikan, Ronald Reagan pada tahun 1980.

Beliau kemudian kembali ke Plains dan menggunakan pengaruhnya sebagai bekas Presiden untuk menubuhkan Carter Center bersama isterinya, Rosalynn Carter, bagi menyebarkan keamanan dan demokrasi di seluruh dunia.

Usahanya sebagai Presiden dan ketua Carter Center membolehkan beliau memenangi Anugerah Nobel dan anugerah tertinggi dari negara lain.

Beliau bersama isterinya juga dianugerahkan Presidential Medal of Freedom oleh Presiden AS ketika itu, Bill Clinton.

Rosalynn Carter kemudian meninggal dunia pada November 2023.

Kedua-dua mereka meninggalkan empat anak, Amy, Chip, Jack dan Jeff; 11 cucu serta 14 cicit.

Susulan pemergian beliau, bendera AS dikibar separuh tiang di White House Ahad.

Berita kematian Carter diumumkan yayasannya, The Carter Center.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok