Polis siasat video tular ugutan jenayah

KOTA KINABALU – Polis kini menyiasat rakaman video tular di TikTok melibatkan seorang lelaki yang mengugut seorang pemandu dalam kejadian yang berlaku di Pekan Telipok Manggatal, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pengadu yang berusia 26 tahun mendakwa ugutan itu dilakukan suspek yang tidak dikenali menggunakan sebatang kayu yang diacukan kepadanya.

“Dalam kejadian sekitar pukul 2.28 petang, didapati bahawa pengadu sedang memandu kereta ke rumah, namun suspek yang juga memandu telah memotong secara berbahaya ke hadapan sehingga hampir melanggar kenderaan pengadu.

“Pengadu yang panik kemudian membunyikan hon dan apabila sampai di Pekan Telipok, suspek memberhentikan kenderaan di tengah lorong menghalang kenderaan pengadu.

“Suspek kemudian turun membawa sebatang kayu panjang lebih kurang 20 inci dan mengacukan kepada pengadu,” katanya dalam kenyataan media di sini pada malam Ahad.

Menurut Kasim, kejadian itu telah ditularkan melalui sebuah rakaman video yang berdurasi 36 saat di dalam media sosial TikTok milik pengadu.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengawal emosi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya kes ugutan jenayah,” katanya lagi.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak