Bomba guna helikopter hantar bantuan ke kawasan terputus hubungan

UNIT Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melakukan penerbangan ihsan bagi menghantar bekalan makanan ke kawasan terputus hubungan susulan bencana banjir gelombang ketiga yang melanda negeri ini sejak semalam.

Pengarah JPBM Terengganu, Nor Mahathir Muhamad berkata, penerbangan pada pagi tadi dilakukan bagi menghantar 350 kilogram (kg) barangan keperluan asas menggunakan helikopter jenis Agusta AW 139.

“Barangan ini dihantar ke Kampung Langkap, di Setiu yang terputus hubungan akibat banjir sejak semalam.

“Ia berikutan jalan utama ke kampung itu terputus selepas dinaiki air sedalam 3 meter malam tadi.

“Antara yang dihantar adalah barangan keperluan makanan seperti beras, gandum dan air,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Mahathir memaklumkan, penerbangan tersebut bermula jam 10 pagi dan selesai kira-kira jam 11.15 pagi.

“Helikopter yang sama kini menuju ke Gua Musang, Kelantan bagi penghantaran 20 tan bekalan asas ke Pos Orang Asli.

“Proses penghantaran barangan ini diketuai Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Ruzaidi Ramlee bersama tujuh kru lain termasuk pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil