Polis Sabah cari Fahmi Reza, sahkan terima lebih 30 laporan diterima

KOTA KINABALU – Aktivis, Fahmi Reza yang juga pereka grafik sedang dicari Polis Sabah selepas menerima lebih 30 laporan berkaitan poster satira karikatur yang menghina Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Setakat ini kita menerima lebih 30 laporan berkaitan individu ini (Fahmi Reza) dan kertas siasatan telah pun dibuka.

“Kita mencari dia untuk bertanggungjawab atas perbuatannya bagi memastikan bahawa pihak polis dapat meneruskan siasatan ke atas kes berkenaan,” katanya dalam sidang media di Lobi A Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Isnin.

Jauteh berkata, setakat ini polis masih belum dapat mengesan Fahmi dan dipercayai aktivis tersebut masih berada di Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan provokasinya kerana ia jelas pihak polis sedang mencari Fahmi untuk siasatan di bawah Akta Hasutan.

“Jangan pula yang lain itu terprovokasi sebab kita sudah terang-terang menyatakan bahawa kita sedang mencari dia untuk siasatan di bawah Akta Hasutan,” tegasnya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP