Banteras rasuah, fokus perubahan 2025 menjelang PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Banteras rasuah adalah perkara yang perlu diberi fokus dalam membina perubahan 2025 menjelang Pilihan Raya ke-17 (PRN17) Sabah. 

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, ketegasan agensi kerajaan khususnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menguatkuasakan akta pencegahan rasuah amat diperlukan dalam mendepani gejala rasuah.

“Dalam mendepani gejala rasuah ini kita perlukan ketegasan agensi kerajaan khususnya SPRM untuk menguatkuasakan akta pencegahan rasuah. 

“Kita tidak mahu persepsi masyarakat hanya ikan bilis sahaja yang dihukum manakala jerung-jerung perasuah melalui proses yang panjang dan akhirnya dibebaskan,” katanya menerusi satu siaran yang dimuat naik di Facebooknya pada Isnin.

Mustapha berkata, pendidikan adalah kaedah jangka panjang untuk membanteras barah rasuah dalam kalangan generasi muda.

Katanya, selain pendidikan agama silibus di peringkat sekolah dan pendidikan tinggi juga perlu diperkasa dan diwajibkan.

“Saya tidak mahu generasi muda terutamanya mahasiswa diperalat oleh parti-parti politik yang bermotif untuk merebut kuasa. 

“Saya berharap agar mahasiswa dapat bersikap rasional dan menilai tindakan mereka. 

“Fahami sejarah dan jangan terperangkap dalam mainan politik yang bersandarkan emosi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak semua agar sama-sama menanam tekad untuk memastikan PRN17 sebagai gelanggang dalam menilai pemimpin yang beretika untuk memimpin dan mengangkat Sabah ke mercu kejayaan.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun