Kestabilan politik, kerjasama serantau fokus utama Asean

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau Asean ketika Malaysia bersiap sedia menyandang jawatan pengerusi kepada rangka kerja serantau itu 1 Januari.

Perdana Menteri berkata demikian dalam temu bual bersama China Central Television (CCTV) di Beijing, dengan beliau menegaskan akan mengutamakan kerjasama berkesan bagi mengukuhkan perpaduan di rantau ini.

“Sudah tentu antara fokus kita untuk Asean termasuk kestabilan politik, kerjasama berkesan antara negara serta menangani isu yang agak tidak menentu atau dipertikaikan,” katanya.

Beliau juga berkata, Malaysia akan meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan kepada kepengerusian Asean.

Pada Oktober lalu, dilaporkan pemimpin China dan negara Asean mengumumkan penyelesaian penting bagi rundingan naik taraf Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) China-Asean Versi 3.0 pada Sidang Kemuncak China-Asean ke-27.

Anwar berkata, inisiatif ini dijangka membuka jalan bagi kawasan perdagangan bebas yang paling padat penduduk dan kukuh di dunia untuk memainkan peranan lebih besar dalam meningkatkan pembangunan serantau.

Beliau berkata, Malaysia sudah mempercepatkan usaha mempromosikan pemeteraian protokol versi 3.0 yang dipertingkatkan serta kerjasama antara China dan negara Asean

“Kami kini telah mempercepatkan proses itu. Mesyuarat antara pegawai-pegawai sedang berlangsung.

“Kami sangat yakin dapat memantapkan pemahaman itu tahun depan,” katanya seperti dipetik daripada temu bual itu, yang disiarkan oleh TV3.

Tambah Anwar, selain Asean, Malaysia juga penyelaras negara antara Asean dan China.

“Oleh itu, kami akan melakukan apa yang diperlukan, bukan sahaja untuk memudahkan tetapi juga mempercepatkan proses ini. Saya sangat optimis,” ujarnya.

Related Posts

Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

KUALA LUMPUR – PKR Lembah Pantai membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pengarah besar FELDA antara dua ditahan, siasatan urusan tanah dan projek

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bergelar Datuk antara dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles