JPS ramal banjir landa tiga daerah di Pahang

KUANTAN – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di tiga daerah di Pahang susulan amaran hujan berterusan tahap waspada bermula hari ini.

Menurut hebahan, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

“JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan signifikan terus berlaku di lembangan sungai berkenaan.

“Banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh dijangkakan,” katanya melalui hantaran di Facebook.

JPS memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka membabitkan daerah Kuantan yang mengakibatkan limpahan aliran di Lembangan Sungai Pahang, Lembangan Sungai Kuantan, Lembangan Sungai Cherating dan Lembangan Sungai Ular.

“Lembangan Sungai Pahang itu meliputi Sungai Lepar, alur Sungai Belat, parit Chendering, Parit Jawa, Parit Rangin, Sungai Galing, Sungai Jelai, Sungai Kenau, Sungai Lepar, Sungai Penor, Sungai Pinang, Sungai Soi dan Sungai Terus.

“Lembangan Sungai Kuantan pula membabitkan Sungai Lepar, Sungai Penor, Sungai Rangin, Sungai Tiram dan Sungai Kenau,” katanya.

Bagi daerah Pekan, kenaikan paras sungai dijangka berlaku di Sungai Air Tawar, Sungai Anak Tasek, Sungai Cheroh, Sungai Dong, Sungai Kenong, Sungai Kerdau, Sungai Lipis, Sungai Mentiga dan Sungai Semantan yang berada dalam Lembangan Sungai Pahang.

Di Rompin pula, peningkatan dijangka membabitkan Sungai Pontian, Sungai Sekin, Sungai Gayung, Sungai Aur, Sungai Jeram, Sungai Kepasing, Sungai Jekatih dan Sungai Pukin iaitu Lembangan Sungai Rompin.

Selain Sungai Rompin, banjir turut dijangka berlaku akibat limpahan Lembangan Sungai Endau, Lembangan Sungai Pontian (Sungai Cemara) dan Lembangan Sungai Keratong.

Sehubungan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutama di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PubliclnfoBanjir

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat