Pemandu lori didenda RM20,000 miliki petrol, diesel tanpa lesen

KANGAR – Seorang pemandu lori dikenakan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 400 liter campuran petrol dan diesel tanpa lesen sah.

Tertuduh, How Boon Guey, 58, membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang memperuntukkan denda maksimum RM1 juta atau hukuman penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lapan bulan sekiranya denda tidak dibayar. Bagaimanapun, tertuduh berjaya menjelaskan bayaran denda tersebut.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, S. Mugunthan, manakala tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am Batalion 2 semasa Ops Tiris dijalankan di tepi Jalan Kaki Bukit berhampiran sebuah stesen minyak pada pukul 10.30 pagi, 26 Jun tahun lalu.

Pemeriksaan lanjut menemukan cecair disyaki petrol yang disimpan di dalam tangki tambahan pada sebuah van jenis Toyota Liteace berwarna putih dengan nombor pendaftaran Malaysia.

Tertuduh gagal menunjukkan sebarang lesen atau dokumen sah untuk berurus niaga, membeli, atau menyimpan barangan kawalan tersebut. Pegawai penyiasat menyita van terbabit bersama 400 liter cecair yang disyaki petrol tersebut.

Laporan kimia mengesahkan cecair berkenaan adalah campuran petrol dan diesel yang termasuk dalam kategori barangan kawalan.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun