Nahas pesawat Azerbaijan tak babit rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines, Penerbangan J2-8243 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan, semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dan mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa serta mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera.

“Kami akan terus memantau situasi dengan teliti,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di 26 Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Astana, Kazakhstan atau hubungi +7 (7172) 79 06 90, +7 (7172) 79 06 95, atau +7 777 079 0014, atau melalui e-mel ke mwastana@kln.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Pesawat Embraer 190 itu dalam penerbangan dari Baku ke Grozny sebelum terbakar semasa pendaratan cemas berhampiran Aktau.

Pihak berkuasa melaporkan puluhan kematian, dengan sekurang-kurangnya 28 orang terselamat, termasuk dua kanak-kanak.

Related Posts

Pemansuhan AUKU perlu lahirkan kerangka perundangan lebih progresif – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk membangunkan budaya akademik yang bebas, progresif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar