AKTAU – Sebuah pesawat milik Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan, awal hari ini.
Pesawat membawa 67 penumpang dipercayai terhempas akibat masalah teknikal.
Difahamkan 12 daripada penumpang terselamat dalam nahas itu.
Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran dan penumpang terselamat sedang dirawat di hospital.
Terdahulu, juruterbang pesawat itu meminta pendaratan kecemasan di Aktau kerana kabus tebal.
Pasukan penyiasat sedang meneliti punca sebenar kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
Pesawat jenis Embraer 190 itu dalam perjalanan dari Baku, Azerbaijan ke Grozny, Rusia.








