Kelantan, Terengganu diramal banjir lagi

JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di negeri Terengganu dan Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula 29 Disember depan melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

JPS dalam kenyataan berkata, amaran banjir sama turut dijangka di beberapa kawasan melibatkan lima bahagian di Sabah bermula Sabtu ini berlanjutan sehingga 30 Disember 2024.

“Di Tumpat, banjir dijangka membabitkan lembangan Sungai Golok, Sungai Kelantan, dan Sungai Pengkalan Nangka. Sementara di Pasir Mas, ia membabitkan lembangan Sungai Golok dan lembangan Sungai Kelantan.

“Selain itu, di Kota Bharu membabitkan tiga lembangan sungai iaitu lembangan Sungai Kelantan, lembangan Sungai Pengkalan Datu dan lembangan Sungai Semerak, manakala di Pasir Puteh ia membabitkan lembangan Sungai Kelantan dan lembangan Sungai Semerak.

“Di Bachok pula, banjir berisiko berlaku di lembangan Sungai Kemasin dan lembangan Sungai Semerak, manakala di Tanah Merah, meliputi lembangan Sungai Golok dan lembangan Sungai Kelantan manakala di Kuala Krai melibatkan lembangan Sungai Kelantan, dan di Jeli, ia membabitkan lembangan Sungai Golok dan lembangan Sungai Kelantan,” katanya.

Sementara itu, antara daerah yang dijangka terjejas di Terengganu ialah Besut (lembangan Sungai Besut, lembangan Sungai Keluang), Setiu (lembangan Sungai Nerus, lembangan Sungai Terengganu, lembangan Sungai Setiu dan lembangan Sungai Merang), serta Kuala Nerus (lembangan Sungai Terengganu).

“Di daerah Kuala Terengganu melibatkan lembangan Sungai Terengganu, lembangan Sungai Marang, manakala di Hulu Terengganu (lembangan Sungai Terengganu, lembangan Sungai Marang).

“Bagi daerah Marang pula, meliputi lembangan Sungai Ibai, lembangan Sungai Marang dan lembangan Sungai Merchang), di Dungun (lembangan Sungai Abang, lembangan Sungai Dungun, lembangan Sungai Paka dan lembangan Sungai Sura) serta Kemaman (lembaran Sungai Kemaman, lembaran Sungai Kemasik, lembangan Sungai Kertih dan lembangan Sungai Kijal,” jelasnya.

Dalam pada itu, banjir turut berisiko berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Putatan dan Tuaran), Sandakan (Beluran, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan), Kudat (Kota Marudu, Kudat dan Pitas) serta Tawau (Lahad Datu).

Tambah JPS, pihaknya akan terus melakukan pemantauan secara berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir jika hujan signifikan berterusan di lembangan-lembangan sungai berkenaan.

“Ramalan banjir tersebut boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh jangkaan. Oleh itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk di kawasan berisiko diminta berwaspada dan sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa,” katanya.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik