Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat ruang untuk menambah baik mekanisme sedia ada ASEAN kerana pencemaran rentas sempadan bukan lagi sekadar isu alam sekitar sebaliknya membabitkan keselamatan dan kesihatan awam.

“Penyelesaian di peringkat ASEAN perlu dilaksanakan secara lebih serius kerana kesan jerebu boleh menjejaskan kehidupan manusia, khususnya golongan kanak-kanak dan bayi.

“Ada ruang untuk peningkatan. Saya rasa penyelesaian ASEAN mesti serius kerana ia mempengaruhi nyawa, terutamanya anak-anak dan bayi,” katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menyentuh isu pembakaran hutan dan penglibatan syarikat Malaysia dalam aktiviti perladangan di luar negara.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia mempunyai syarikat tempatan yang menjalankan operasi di beberapa negara rantau ini.

“Sekiranya terdapat bukti syarikat terbabit mempunyai kaitan dengan aktiviti yang mencetuskan pencemaran, perkara itu boleh diberikan perhatian sewajarnya. Isu berkenaan perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada satu negara atau satu pihak,” katanya.

Pada 4 September lalu, Malaysia mengisytiharkan darurat di daerah Serian, Sarawak, susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 519, selain kebakaran hutan di Indonesia yang menyumbang kepada keadaan tersebut. 

Related Posts

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

KUALA LUMPUR – Tindakan sesetengah pihak sekolah menyembunyikan masalah demi menjaga imej dan prestasi institusi berkenaan antara perkara yang boleh menyumbang kepada berlarutannya isu keselamatan serta gejala buruk dalam kalangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh