Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini.

Pengerusi Penganjur merangkap Presiden Sandakan Borneo Bird Club, Dr Robert Ong berkata, acara itu bukan sahaja bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah menjadi platform meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar dan hidupan liar.

“Peserta berpeluang merasai sendiri pengalaman berlari dalam persekitaran hutan hujan tropika sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Sepilok.

“Larian akan bermula dan berakhir di kawasan parkir RDC sebelum membawa peserta melalui laluan Jalan Sepilok dan Jalan Cheng Ho serta mengelilingi kawasan indah Tasik RDC.

“Acara ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan hutan hujan kita dan selepas tamat larian, peserta turut berpeluang mengunjungi Festival Burung Borneo tahun ini yang turut diadakan di lokasi sama,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Tambah Robert, acara yang dianjurkan oleh Sandakan Borneo Bird Club, menawarkan laluan larian sejauh 12 kilometer (km) untuk peserta yang mahukan cabaran lebih besar selain larian santai 2km bertemakan pakaian kreatif atau ‘fancy dress fun run’.

“Bagi kategori ‘fancy dress fun run’, hadiah menarik turut disediakan kepada peserta yang menampilkan kostum paling menarik dan mencuri perhatian pada hari acara.

“Kami berharap penganjuran semula Borneo Bird Run dapat menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sihat, selain mendekatkan orang ramai dengan kepentingan pemuliharaan biodiversiti dan habitat semula jadi,” kongsinya.

Dalam pada itu, Robert berkata, pendaftaran secara dalam talian telah dibuka kepada orang ramai sehingga 30 September.

Acara berkenaan turut disokong Jabatan Perhutanan Sabah (SFD), RDC dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan