Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin.

Menurut laporan Daily Express pada Selasa, Mauro Persic, 46, berjaya dihubungi pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi telefon pada jam 2.05 petang.

“Mangsa memaklumkan mengalami bengkak dan kebas pada tumit, disyaki patah tulang rusuk, sakit di bahagian pinggang serta pinggul, selain luka dalam pada betis.

“Panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima menerusi talian NGMERS999 pada jam 5.10 petang Ahad selepas seorang pendaki asing dilaporkan terjatuh ketika melakukan pendakian.

“Mauro dipercayai menggunakan laluan kampung yang tidak dikendalikan Taman-Taman Sabah, bukannya laluan rasmi pendakian Gunung Kinabalu,” ujar kenyataan tersebut.

Tambah laporan tersebut, usaha mengesan mangsa pada peringkat awal berdepan kesukaran kerana panggilan kecemasan dibuat menggunakan nombor telefon luar negara, manakala mangsa tidak menjawab cubaan menghubunginya melalui WhatsApp.

“Koordinat yang diberikan juga didapati tidak tepat, dengan Taman-Taman Sabah memaklumkan kedudukan mangsa dipercayai bukan berada di kawasan Gunung Kinabalu.

“Pada hari kedua operasi, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ranau bersama Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) mengadakan taklimat dengan Taman-Taman Sabah sebelum kawasan pencarian diperluaskan berdasarkan petunjuk baharu.

“Selepas berjaya menghubungi mangsa, pasukan penyelamat digerakkan ke lokasinya bagi membawanya keluar untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kongsinya.

Kejadian itu menjadi peringatan kepada pendaki supaya menggunakan laluan rasmi, mematuhi arahan malim gunung dan membuat tempahan melalui pengendali berlesen demi keselamatan.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan