PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 3 sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter, manakala bagi RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh 26 Disember hingga 1 Januari 2025.
Kementerian Kewangan (MOF) melalui satu kenyataan berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula kekal iaitu RM2.95 seliter, manakala harga runcit diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan RM2.15 seliter.
Kos itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
”Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.
“Dalam masa yang sama, kerajaan akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.








