Jawapan balas saman pemula Bersatu dalam proses

SUNGAI PETANI – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan sedang menyediakan jawapan balas kepada Peguam Negara berhubung saman pemula difailkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas pengisytiharan untuk tidak mengosongkan kerusi lima ahli Parlimen yang dipecat parti itu.

Menurut Johari, perkara itu diuruskan oleh pasukan penasihatnya.

“Kita (menerusi) penasihat-penasihat saya sedang uruskan jawapan atau respons kepada apa kita perlu buat. Kita tunggu dan lihat mungkin mahkamah akan teruskan atau pun memanggil untuk pengurusan kes dan sebagainya,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Jeniang hari ini.

Johari sebelum ini mengesahkan telah menerima saman pemula difailkan Bersatu susulan pengisytiharan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi tidak mengosongkan kerusi lima ahli Parlimen yang dipecat parti tersebut.

Terdahulu, Bersatu dilapor mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menuntut perisytiharan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi lima ahli Parlimen yang dipecat parti itu sebagai tidak berperlembagaan.

Saman pemula itu difailkan Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Whip parti, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selaku plaintif pada 15 November lalu melalui firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company.

Selain Johari, Bersatu turut menamakan lima Ahli Parlimen, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) sebagai defendan.

Related Posts

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

MELAKA – Reformasi tidak boleh terhenti selepas memperoleh kuasa, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau berkata, beliau menjadi saksi kepada perjuangan panjang Presiden Parti Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

AYER KEROH – Kongres Nasional PKR 2026 dijangka menghimpunkan lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati akan membuka tirai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), bermula hari ini. Penganjuran kongres dimulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru