Derma Jihad: Netizen kesal Pas tunggang agama

ORANG ramai menyifatkan Pas tidak sepatutnya menunggang agama untuk melindungi pemfitnah.

Terbaharu, laman X seorang Exco Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim dihujani kecaman apabila diserang orang ramai yang kesal dengan tindakan Pas itu.

Dalam hantaran itu, Dr Azman yang panas hati telah membidas orang ramai yang mempertikaikan tindakan Pas mengerahkan ahlinya untuk menyumbang ‘Derma Jihad’ kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang kalah saman kerana menfitnah tiga pemimpin DAP.

“Kami buat pungutan dana untuk bantu saudara seperjuangan kami. Duit itu nanti akan dapat kepada gang seperjuangan kamu. Yang kamu jadi kepanasan kenapa? Bukan minta duit kamu pun!” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Kenyataan Dr Azman itu ibarat menyimbah lagi minyak ke dalam api yang sekali gus mengundang kecaman pengguna di laman X.

Malah, ada yang mempersoalkan kewajaran penggunaan perkataan ‘jihad’ untuk melindungi seorang pemfitnah yang terbukti bersalah di mahkamah.

“Sejak bila fitnah termasuk dalam kategori “jihad” ni YB? Ada dalil baru turun melalui mimpi Mursyidul Am ke?” kata pemilik akaun ibn_sukri95.

“Jihad ke tolong-menolong untuk bantu pemfitnah tu bai?” kata Aqimnizar.

“Yang buat fitnah pemimpin, rakyat pulak yang kena bayar saman… Korang tak rasa zalim ke? Cukup-cukuplah melazimi fitnah,” kata Nasfrontier.

“Lebih baik kita sumbang kepada tabung PIBG, lagi banyak manfaat untuk sekolah anak kita,” kata najaznoor.

Pada 22 Disember lalu, Pas membuat rayuan ‘derma jihad’ bagi mengelak Siti Mastura berdepan dengan prosiding kebankrapan.

Surat arahan yang dikeluarkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa kepimpinan dari peringkat pusat, negeri, kawasan, dewan hingga cawangan menyumbang Derma Jihad tersebut.

Menurutnya, kegagalan melunaskan tuntutan sebanyak RM825,000 itu boleh mengakibatkan Ahli Parlimen Kepala Batas itu hilang kelayakan dan kerusinya akan dikosongkan untuk satu Pilihan Raya Kecil (PRK).

Related Posts

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

AYER KEROH – PKR  kekal memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh gerak kerja jentera dan memperbaiki parti, tanpa terheret dengan perkembangan membabitkan parti komponen Pakatan Harapan (PH). Ketua Penerangan PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

AYER KEROH – Teguran dan pandangan yang disuarakan akar umbi pada Kongress Nasional Keadilan diambil serius oleh PKR, termasuk dalam tindakan memperkasa strategi komunikasi parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa