Polis serbu premis pelacuran sekitar KL, Genting Highlands

PUTRAJAYA – Polis Bukit Aman menyerbu secara serentak lima premis pelacuran di sekitar ibu negara dan Genting Highland, yang dipromosikan melalui dua laman sesawang, petang semalam.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu dilakukan selepas pemantauan dan risikan dijalankan sejak seminggu lalu.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, modus operandi sindiket ini adalah menggunakan dua laman sesawang sebagai medium mempromosi aktiviti pelacuran oleh wanita dari Vietnam, Thailand, Laos dan Indonesia secara dalam talian.

“Dalam serbuan bermula jam 3 petang ini, pihak polis menahan 67 individu di kelima-lima premis di Kuala Lumpur dan Genting Highlands, Pahang.

“Melalui kegiatan pelacuran dikesan ini juga mendapati pelanggan ditawarkan bayaran RM1,200 untuk sesi selama empat jam bagi setiap perkhidmatan seks.

“Sekiranya persetujuan dicapai, pelanggan diarahkan untuk ke alamat premis hotel atau rumah urut untuk melakukan aktiviti seks iaitu di lima lokasi yang diserbu,” katanya kepada Berita Harian.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya turut menahan empat individu termasuk dua wanita tempatan yang berperanan sebagai pengendali dua laman sesawang khidmat seks berkenaan.

“Mereka juga menguruskan tempat pelanggan melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram.

“Turut ditahan dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai ‘transporter’ (penghantar) untuk menghantar dan mengambil pelacur perkhidmatan seks,” katanya.

Secara keseluruhan Operasi Noda yang membabitkan 35 pegawai dan anggota ini membawa kepada penahanan 56 wanita warga asing berusia antara 21 hingga 54 tahun.

Antara rampasan yang dibuat dalam serbuan adalah wang tunai RM11,490, dua unit perakam kamera litar tertutup (CCTV), kondom, tuala, tisu, minyak urut dan 15 telefon bimbit.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan, Seksyen 372B, Seksyen 373, Seksyen 372(1)(e) dan Seksyen 372(1)(f) akta sama.

Kes yang sama turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/53 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tangkapan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Cheras dan Bentong, Pahang untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar