Tiada kompromi kes hina raja, pembantu kedai runcit dihukum penjara 11 bulan

KANGAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan terhadap seorang pembantu kedai runcit selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, pada 22 Mac 2022.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Basri Shah Rohani, 33, dari Tanah Merah, Kelantan, yang mula berkuat kuasa hari ini.

Tertuduh didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan melalui akaun Facebook menggunakan nama “Basri Shah” di Hotel Seri Malaysia, Kangar, sekitar jam 1.45 petang pada tarikh kejadian.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman di bawah seksyen yang sama jika disabitkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhamad Asyraf Md. Kamal, dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hadi Hakimi Harun. Sementara itu, tertuduh diwakili peguam Muhammad Hasif Hassan.

Peguam tertuduh memohon hukuman denda sahaja atas alasan ini adalah kesalahan pertama tertuduh. Beliau juga menyatakan bahawa tertuduh telah insaf, bertanggungjawab atas tindakannya, dan hadir ke mahkamah dari Kelantan untuk menjimatkan masa serta kos.

Namun, pihak pendakwaan berhujah bahawa hukuman berat wajar dikenakan bagi memberi pengajaran kerana kes ini melibatkan kepentingan awam dan institusi agama negeri di bawah kuasa Raja Perlis. Muhamad Asyraf turut menegaskan bahawa tertuduh tidak memadam kenyataan berkenaan walaupun telah ditegur melalui komen di Facebook.

Untuk rekod, pada 22 Jun 2022, tertuduh dihukum penjara setahun dan denda RM5,000 atas kesalahan sama. Selepas membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kangar, kes ini diarahkan untuk dibicarakan semula di Mahkamah Sesyen pada April 2023.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

KUANTAN – Kira-kira 10,000 belia berusia antara 13 hingga 30 tahun memeriahkan Fiesta Rakan Muda @ Pahang 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian