BOHEX 2024 dianjak ke tarikh baharu 5-9 Februari 2025

KOTA KINABALU – Penganjuran Borneo International Halal Exhibition (BOHEX) 2024 dianjak ke tarikh baharu iaitu pada 5 hingga 9 Februari 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Menurut Pengarah Urusan Eminent Source, Mohd Arief Hafizi Mohd Hashim, penangguhan ini adalah langkah strategik bagi memastikan BOHEX dapat memenuhi jangkaan semua pihak.

“Penganjuran buat julung kali ini dianjak daripada tarikh asalnya iaitu 21 hingga 25 Disember 2024 berikutan perubahan program.

“Keputusan ini dibuat untuk memastikan acara ini dapat memenuhi harapan tinggi semua peserta, pempamer, dan pengunjung.

“BOHEX 2024 juga akan memberikan penekanan khusus kepada pemerkasaan Industri Kecil Sederhana (IKS), meningkatkan pemahaman penduduk setempat mengenai industri halal negara yang merangkumi bukan sahaja makanan tetapi pelbagai bidang yang lain serta menjadi satu penanda aras kepada acara yang akan menghubungkan IKS dengan perniagaan lain melalui ‘business matching’,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada Rabu.

Tambah beliau, dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), BOHEX 2024 dijangka akan terus menjadi platform utama dalam memacu perkembangan ekonomi halal global terutamanya di negeri Sabah dan bakal menarik pelaburan dan kerjasama dua hala di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew menekankan bahawa BOHEX adalah peluang emas untuk Sabah.

“BOHEX adalah peluang untuk negeri Sabah memperkukuhkan reputasinya sebagai destinasi utama untuk pelancongan dan perdagangan halal.

“Kerjasama ini bukan sahaja mengetengahkan keunikan budaya Borneo, tetapi turut membuka peluang ekonomi yang luas di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berharap BOHEX 2024 sebagai menjadi pemacu pembangunan industri halal di Sabah, dengan fokus kepada jaringan perniagaan, inovasi teknologi, dan kerjasama strategik antara pemain industri global.

Sebanyak lapan negara termasuk Indonesia, Brunei, Singapura, China, Thailand, Jepun, Arab Saudi, dan Kemboja telah menunjukkan minat untuk menyertai BOHEX 2024.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0