JKDNKA catat rampasan hampir RM1 bilion tahun ini

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) menyelesaikan pelbagai kes jenayah termasuk penyeludupan haiwan membabitkan nilai keseluruhan rampasan mencecah hampir RM1 bilion sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejayaan itu diperoleh melalui operasi berterusan dijalankan pegawai dan anggota dari pasukan di bawah JKDNKA.

“Cawangan Perisikan Siasatan Khas (WCB) menerusi Op Bersepadu Khazanah, Op Tiris, Op Kontraban dan Op e-Waste berjaya menyelesaikan 136 kes membabitkan penahanan 387 suspek dengan nilai rampasan lebih RM434 juta,” katanya dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran JKDNKA di Bukit Aman, hari ini.

Razarudin berkata, WCB turut bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan United Nation Development Program bertujuan meningkatkan kapasiti penguatkuasaan.

“Ia bagi membanteras jenayah membabitkan hidupan liar dan pemuliharaan spesies haiwan ikonik khususnya Harimau Malaya di Semenanjung Malaysia, Banteng di Sabah serta Orang Utan di Sarawak,” jelasnya.

Razarudin berkata, Pasukan Gerakan Am turut memberi impak positif menerusi pelbagai tangkapan dan rampasan bernilai hampir RM280 juta.

“Pasukan Simpanan Persekutuan pula menghasilkan RM37.1 juta melalui pelbagai rampasan dan tangkapan bagi 34 serbuan sepanjang tahun ini, manakala Pasukan Polis Marin menghasilkan RM210 juta nilai rampasan dan saman menerusi 7,103 kes jenayah di perairan,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan