Jadi ahli politik tak boleh manja, guna keistimewaan – Khaled

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan sebagai orang politik seseorang individu itu mesti mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan segala cabaran.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan supaya ahli-ahli politik tidak manja dan memanfaatkan keistimewaan dalam berparti politik.

“Berkait budaya cah keting dalam UMNO, ini soal mana-mana pertubuhan macam-macam budaya ada. Dan sebagai orang politik kita mesti mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan segala cabaran.

“Kita tak bolehlah bermanja-manja masuk parti, kita tidak boleh berharapkan keadaan yang ada keistimewaan dan sebagainya.

“Jadi apa pun dalam sebuah organisasi yang besar yang ahli ramai macam-macam budaya dan di sinilah kita didedahkan dan kita membina kekuatan kita memahami dan mengatasi cabaran-cabaran yang kita hadapi,” katanya ketika sidang media di Parlimen pada Isnin.

Khaled bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan wujudnya budaya cah keting itu dalam UMNO.

“Jadi, saya nak kata tak ada, ada; saya nak kata ada, tak ada… jadi masing-masinglah,” ujar Khaled.

Untuk rekod, cah keting adalah istilah dalam dialek Kelantan yang sama maksudnya dengan hasad dengki dan cantas-mencantas. Istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada sabotaj dari dalam parti sendiri.

Sementara itu, ditanya berkait kenyataan media yang diterbitkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkait penghijrahan ke PKR, Khaled memberitahu UMNO belum berhasrat mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu.

Hal ini memandangkan tiada perbincangan rasmi menjurus ke arah itu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun kata cuma berbual begitu saja.

“Tengku Zafrul pun kata tiada perbincangan rasmi, jadi pimpinan tertinggi UMNO pun tiada kenyataan rasmilah.

“Tindakan terhadap Tengku Zafrul? Kita belum sampai ke peringkat itu,” kata Khaled.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka