200 keluarga terima sumbangan Yayasan Petronas sempena Hari Natal

PAPAR – Seramai 200 keluarga di Parlimen Papar menerima sumbangan Yayasan Petronas berupa barangan keperluan harian sempena perayaan Hari Natal di sini pada Ahad.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali sumbangan tersebut bertujuan membantu para penerima membuat persiapan menjelang perayaan Hari Natal.

“Istimewa juga program kali ini apabila Petronas melalui Yayasan Petronas telah sudi untuk memberikan sumbangan kepada 200 keluarga bagi Parlimen Papar.

“Sumbangan hari ini juga merupakan sebahagian daripada keseluruhan 11,850 buah keluarga dari seluruh Malaysia yang telah disantuni oleh Petronas melalui Program Memacu Kehidupan 2024.

“Sumbangan diberi ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Gawai, Kaamatan, Deepavali dan kini perayaan Krismas,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Jelasnya, Yayasan Petronas merupakan cabang impak sosial Petronas yang mempunyai tiga fokus utama iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti dan alam sekitar.

Tambahnya, pada hari sama Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Krismas, Sentuhan Kasih dan Advokasi Kepenggunaan turut diadakan di Gereja St Augustine, Kinarut, Papar.

“PJRM diadakan bagi membantu masyarakat sekitar mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih murah berbanding harga pasaran, terutamanya mereka yang sedang membuat persiapan untuk menyambut perayaan Hari Natal tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan turut berterima kasih kepada Yayasan Petronas atas sumbangan diberi sekali gus menyokong dalam menjayakan inisiatif Ihsan Rahmah Madani.

Related Posts

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

LAHAD DATU – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang merupakan pekerja sebuah stesen minyak, di sini, bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat kes penyalahgunaan subsidi diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) mengambil tindakan segera bagi memulihkan laluan di Jalan Tun Fuad Stephen (Tanjung Lipat) dengan melaksanakan kerja pemasangan Bailey…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas