Papagomo dicekup terkait kes penipuan kutipan dana awam

KUALA LUMPUR – Blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan di kediamannya di Putrajaya pada Jumaat bagi membantu siasatan kes penipuan dalam kutipan dana awam dengan menggunakan nama sebuah syarikat.

Difahamkan, penahanan itu dilakukan sepasukan anggota Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, awal pagi tadi.

Dipercayai, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang menteri pada Julai lalu.

Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik blogger terbabit untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video penahanan Wan Muhammad Azri, 41, oleh sepasukan anggota polis yang datang ke kediamannya dengan menaiki tiga kenderaan polis dengan kapsyen memaklumkan penahanan itu untuk siasatan berkaitan kes AMLA, lapor Harian Metro.

Sementara itu, peguamnya Rafique Rashid memaklumkan Wan Muhammad Azri ditahan susulan satu laporan polis oleh seorang menteri.

Menurutnya, lelaki itu ditahan oleh lapan anggota PDRM dari Bukit Aman 1.30 pagi tadi dan proses reman ke atas Wan Muhammad Azri berlangsung di Lokap Berpusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jinjang dan blogger itu diwakili peguam, Zoolazrai Zolkefly.

“Pegawai penyiasat memohon untuk menahan reman Wan Muhammad Azri namun peguam membantah reman tersebut. Setelah mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak, memutuskan reman satu hari dibenarkan,” katanya.

“Azri dimaklumkan PDRM mendapat arahan tangkap dari Pegawai AMLA PDRM yang telah pun mengesahkan akan berjumpanya bagi siasatan pada jam 11 pagi hari ini.

“Amat hairan mengapa perlu tangkap kalau telah ada temu janji dalam masa 10 jam dari masa tangkapan,” katanya yang memaklumkan siasatan ke atas Wan Muhammad Azri dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak