Op Tiris 3.0 tumpas sindiket penyelewengan diesel

OP Tiris 3.0 berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dan merampas lebih 50,000 liter minyak.

Kejayaan pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Op Tiris itu adalah hasil serbuan ke atas sebuah kapal tunda di sebuah jeti di Pelabuhan Klang sekitar pukul 3 pagi semalam.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras dan risikan selama dua bulan bersama polis.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut telah menemukan sejumlah minyak diesel di dalam tangki kapal tunda berkenaan di samping terdapat saluran penyambungan di antara kapal tunda itu ke sebuah tangki simpanan yang juga mengandungi minyak diesel, dipercayai sedang dipam keluar daripada tangki kapal tunda ke tangki simpanan tersebut.

“Kegiatan ini dilakukan berdasarkan permintaan iaitu modus operandi sindiket adalah dengan melakukan pemindahan diesel pada waktu tengah malam daripada kapal tunda ke tangki simpanan sebelum dipindahkan atau dipasarkan menggunakan lori.

“Dalam serbuan ini, seorang lelaki tempatan dan empat warga asing berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun yang merupakan kru kapal telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Jeti Bagan Hailam di Pelabuhan Klang, hari ini.

Turut ditahan seorang warga tempatan yang mengaku sebagai pemilik kapal tunda itu telah hadir ke lokasi namun gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen sah berkaitan urus niaga diesel tersebut.

Sehubungan itu, Azman berkata, pihak KPDN telah menyita sebuah kapal tunda, minyak diesel di dalam kapal dan tangki simpanan, hos penyambung dan beberapa dokumen berkaitan serta peralatan lain dengan anggaran rampasan RM900,000.

Kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti tersebut serta rantaian pengedaran dan sumber minyak diesel.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan