Tenun Pahang Diraja kini di Kuantan 188

KUANTAN – Produk kraftangan ikonik Pahang – Tenun Pahang Diraja – kini disediakan untuk dijadikan cenderahati oleh pengunjung menara Kuantan 188, dekat sini.

Antara produk ditawarkan adalah pemegang kunci, tali leher, bekas pensil dan bermacam lagi yang berasaskan corak tenunan istimewa.

Ketua Pembangunan Perniagaaan, Pemasaran dan Jualan Kuantan 188, Abdul Jamil Mohamed berkata, produk itu dihasilkan Perniagaan Sutera Pulau Keladi yang berasal dari Pekan, Pahang.

“Syarikat ini memang terkenal dan kualiti produk dihasilkan juga berkualiti. Ia sudah beroperasi sejak 2003 di Pulau Keladi, Pekan.

“Pemilik syarikat ini adalah Norakma Zakaria dan Azman Zakaria… ia adalah perniagaan keluarga dan masih aktif diuruskan keluarga ini,” katanya.

Abdul Jamil berkata, selain menyediakan produk dalam bentuk cenderahati, Perniagaan Sutera Pulau Keladi juga terkenal dengan penghasilan kain pasang perempuan, kain selendang, samping dan kain untuk baju kemeja, semuanya berasaskan Tenun Pahang Diraja.

“Selain produk berkenaan, pihak syarikat juga mengadakan demonstrasi penghasilan Tenun Pahang Diraja di lobi Kuantan 188 untuk tontonan pengunjung,” ujarnya.

Produk cenderahati Tenun Pahang Diraja boleh dibeli pengunjung di kiosk yang disediakan berhampiran pintu masuk utama menara itu.

Waktu operasi kiosk itu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam untuk hari Isnin hingga Jumaat, manakala ia dibuka hingga jam 12 tengah malam pada hujung minggu.

Related Posts

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana
  • AdenAden
  • September 13, 2026

​AMPANG JAYA – Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas di Jalan 4/8 Pandan Perdana, semalam. ​Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

TEMERLOH — Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan cedera dalam kemalangan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur pada 31 Ogos lalu, disahkan telah meninggal dunia. Mangsa, Sebastian Seow Jhen,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

  • By Aden
  • September 13, 2026
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber