Rundingan agihan gas Sarawak selesai, kerajaan perhalusi butiran, parameter dan implikasi – PM

KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai.

Susulan itu, pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan perbincangan yang baik dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai perkara itu dan telah mencapai keputusan yang jelas.

“Perbincangan telah selesai, tetapi kami sedang meneliti butiran, parameter dan implikasi undang-undang (mengenainya),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Khamis, lapor Bernama.

Semalam, Abang Johari dilaporkan berkata perincian formula berkaitan penyelesaian isu pengagihan gas akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

“Saya minta Perdana Menteri yang mengumumkan (perincian formula penyelesaian itu). Tunggu sahajalah,” kata Abang Johari selepas menghadiri Persidangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) Ke-4.

Menerusi satu wawancara dengan sebuah stesen televisyen tempatan sebelum ini, Abang Johari berkata, isu pengagihan gas itu sudah boleh dianggap selesai sementara menanti pengumuman sebenar yang akan dibuat Anwar.

Abang Johari berkata, isu pengagihan gas itu hanya melibatkan sudut perundangan yang mana Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang dirujuk Petronas dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 yang dikuatkuasakan oleh Sarawak dapat wujud bersama-sama.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung