Taktik sembunyi rokok tidak bercukai dalam tong ikan, tumpas

KUNAK – Taktik sembunyi rokok tidak bercukai dalam tong ikan berjaya ditumpaskan oleh Batalion 22 (BN 22) Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak di sebuah perkampungan daerah berkenaan pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 22 PGA Kunak, Superintenden Norman Chendan Philip Picha Rumpang berkata, pasukan serbuan BN 22 PGA menahan seorang suspek lelaki memandu kenderaan jenis Isuzu Dmax Single Cab.

“Berdasarkan operasi itu, pemeriksaan lanjut mendapati muatan sebanyak tujuh kotak berisi rokok tidak bercukai.

“Kesemua rokok berkenaan disembunyikan dalam tong ikan di belakang kenderaan suspek.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan itu di sini pada Khamis.

Sehubungan itu beliau turut menjelaskan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil usaha komited anggotanya.

“Seperti kejayaan dalam operasi ini, anggota PGA sentiasa bertungkus-lumus menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi mengekang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Pihak BN 22 PGA Kunak tidak akan berkompromi dan tidak rela individu seperti ini untuk terus melakukan jenayah di daerah ini,” ujarnya.

Related Posts

Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

LAHAD DATU – Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos Pengawal Marin, pada Selasa. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

  • By Fatin
  • August 27, 2026
Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta