Jelajah Hawana Siswa tutup tirai di Kuala Nerus

JELAJAH Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 Bersama Siswa melabuhkan tirai di Zon Timur – Terengganu – menghimpunkan lebih 2,000 pelajar dan pensyarah dari 16 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, program itu akan ditambah baik pada masa akan datang.

Antaranya mengembangkan penganjuran siri jelajah ke politeknik, selain menambah baik modul bengkel.

“Harapan saya untuk tahun akan datang kita dapat mengembangkan program ini ke politeknik dan diisi dengan beberapa modul. Saya fikir perkara ini wajar dikembangkan.

“Pada masa sama ramai yang ingin tahu berkenaan kesan kecerdasan buatan (AI) serta pengesahan berita kepada dunia kewartawanan.

“Saya harap akan ada penambahbaikan untuk edisi akan datang,” katanya ketika program itu di Kuala Nerus, Terengganu.

Pada majlis berkenaan, Fahmi menyampaikan sumbangan set komputer berkeupayaan tinggi dan set televisyen pintar kepada tiga universiti terlibat iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaysia Kelantan.

Turut menerima komputer riba, 82 pelajar terjejas banjir gelombang pertama baru-baru ini menerusi Bantuan Prihatin Pelajar.

Terdahulu, Fahmi menyampaikan sumbangan 30 pengamal media di Terengganu dan Kelantan yang terjejas banjir baru-baru ini.

Sumbangan itu adalah dari Tabung Kasih@Hawana bagi membantu mereka.

Fahmi memaklumkan, inisiatif berkenaan adalah untuk memastikan para pengamal media yang banyak berjasa kepada masyarakat tidak dilupakan dan terus diberi sokongan dalam apa jua keadaan.

Sebelum ini program sama diadakan mengikut zon di Sarawak, Sabah, Melaka dan Pulau Pinang.

Related Posts

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

KUALA LUMPUR – Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari, bersempena musim cuti berganda bermula Jumaat ini. Bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), aliran trafik pula…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti