Anwar sifatkan individu kecam berkait Titah Adendum dangkal ilmu

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam berhubung isu hangat mengenai Titah Adendum yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.

Perdana Menteri menegaskan, pihak berkenaan sebenarnya tidak mendapat maklumat tepat mengenai perkara itu tetapi cuba untuk mengulas.

Dalam hal berkenaan, Anwar berkata, beliau hanya menggunakan tanggungjawabnya supaya adil untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan.

“Kemudian saya jawab begitu, wah dia kecam: nak tipu, nak selindung fasal adendum.

“Ini yang saya katakan berlaku kerana kedangkalan ilmu, kerana maklumat tidak disampaikan, kerana budaya kita… kadang-kadang budaya picisan, baca sekerat-sekerat.

“Amalan membaca, mencari kebenaran… tidak ada tabayyun (mencari hakikat sesuatu maklumat dengan teliti, saksama dan berhati-hati). Tidak ada bicara soal Melayu, bicara soal Islam, akhlak, tidak ada minat untuk mencari kebenaran… jadi ini masalah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival FLYSiswa 2024 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menyeru para mahasiswa supaya menjadi bakal pemimpin yang berwibawa, menguasai bidang tertentu serta jangan sesekali meninggalkan nilai kemanusiaan dan akhlak.

“Kesedaran untuk berjaya dan cemerlang tanpa kehilangan maruah, kita nak Malaysia Ini Madani, keterampilan kemampanan tapi tidak pernah tinggalkan nilai dan akhlak, itu cita-citanya.

“Jangan izinkan orang buat porak-peranda jahanamkan kesatuan kita. Itu sekarang, anak muda bukan pemimpin masa hadapan tapi memimpin juga hari ini,” katanya.

Related Posts

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang. Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen