PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

BANDAR SERI BEGAWAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memperkukuh kerjasama strategik bagi menangani jenayah rentas sempadan menerusi Mesyuarat Hubungan Dua Hala di Ibu Pejabat PPDB pada Selasa.

Mesyuarat peringkat tertinggi itu menjadi medan penyelarasan operasi dan memperkukuh hubungan profesional bagi memastikan keselamatan di sempadan kedua-dua negara terus terpelihara.

Menurut kenyataan Polis Daerah Miri, perbincangan tertumpu kepada pengukuhan perkongsian risikan, pelaksanaan operasi bersama, koordinasi mencari dan menyelamat (SAR) serta usaha membanteras jenayah maritim.

“Selain itu, penyelarasan prosedur pemindahan Orang Kena Tahan (OKT) antara Malaysia dan Brunei turut dibincangkan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara tersusun dan berkesan.

“Mesyuarat ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik, malah membuka ruang perluasan kerjasama bagi memastikan keamanan rakyat di kedua-dua negara terus terpelihara,” jelas kenyataan tersebut pada Rabu. 

Delegasi PDRM Sarawak diketuai Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, manakala delegasi PPDB diketuai Pesuruhjaya Polis Brunei, Datuk Sulaiman Alidin. 

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner (DCP) Saifullizan Ishak dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Brunei, Pengiran Anak Haji Mohamad Saifullah.

Dalam majlis sama, Pesuruhjaya Polis Brunei turut menyampaikan surat penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Miri dan Ketua Polis Daerah Limbang atas tindakan pantas membantu pihak berkuasa negara itu menahan suspek yang melarikan diri.

Pengiktirafan berkenaan membuktikan komitmen berterusan PDRM dan PPDB dalam mendepani cabaran jenayah rentas sempadan yang dinamik, sekali gus mengukuhkan kestabilan serantau.

Foto: Polis Daerah Miri

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak