Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon.

Suasan tersebut, sekali gus mengatasi kemeriahan kempen Barisan Nasional (BN), manakala Perikatan Nasional (PN) pula dilihat kurang menyerlah.

Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan & Pengajian Liberal Universiti Antarabangsa INTI, Dr Sharmin Kutty Sivaraman berkata, berdasarkan pemerhatian awal, PH berjaya membina gelombang sokongan menerusi perarakan dan program yang mendapat sambutan menggalakkan di beberapa kawasan.

“Perarakan PH penuh gah dengan laungan ‘Johor Undi Pakatan Harapan’ ke pusat penamaan calon DUN Permas diiringi Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Manakala Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang bersama ratusan penyokong PH berpakaian serba merah menunjukkan jentera gabungan itu berjaya membina momentum,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Namun, menurut Sharmin, PH juga berdepan cabaran memastikan strategi kempen efektif yang mengikut kehendak rakyat untuk mampu menawan pengundi. Ada beberapa kerusi bakal menyaksikan persaingan sengit antara PH dengan BN.

“Antaranya seperti DUN Buluh Kasop apabila calon mereka, Noraziah Mohd Razit akan berdepan penyandangnya, Datuk Zahari Sarip (BN).

“DUN Betayan akan menyaksikan pertembungan antara Ng Yak Howe (PH) dengan Chua Lee Huat (BN),” katanya.

Bagi Barisan Nasional (BN), katanya, gabungan itu masih memiliki kekuatan tersendiri hasil kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, namun landskap politik kali ini berbeza berbanding PRN Johor 2022 berikutan perubahan sentimen dan retorik politik semasa.

Beliau berkata, kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada program bersama jentera BN di Simpang Renggam turut dilihat menyuntik semangat kepada penyokong melalui slogan ‘Maju Johor, Semangat Biru’ menjelang hari pengundian.

“Kita dapat saksikan kemeriahan di kerusi DUN Bukit Naning yang menghadapi persaingan lima penjuru untuk merebut kerusi yang sebelum ini dimenangi UMNO dengan majoriti 1,535 undi. Begitu juga vibe pertembungan juga menarik di kerusi DUN Puteri Wangsa.

“Ia akan menjadi tumpuan untuk kepada BN untuk merampas kerusi sebelum ini dimenangi oleh Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz, apatah lagi turut berdepan saingan daripada calon PH yang juga bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, kempen awal PN pula tidak menampakkan gelombang yang sama seperti PH dan BN apabila proses penamaan calonnya berlangsung agak hambar, sekali gus mencerminkan kesan daripada pergolakan dalaman yang melanda gabungan itu.

“Kita menyaksikan situasi penamaan calon PN sedikit hambar kerana krisis politik dalaman yang memberikan ‘isyarat’ tidak memberangsangkan.

“Bagaimanapun perlu diakui, laungan slogan ‘Bersatu Demi Johor’ menunjukkan jentera mungkin melupakannya sementara demi menumpukan kempen pada PRN kali ini,” katanya.

Tambahnya, keputusan PN bertanding di hanya 23 daripada 56 kerusi DUN turut mengehadkan pengaruh gabungan itu, selain membuka lebih banyak ruang kepada pertandingan satu lawan satu antara BN dan PH.

Menurut Sharmin, keadaan itu secara tidak langsung mengurangkan keupayaan PN untuk muncul sebagai pencabar utama di banyak kawasan, sekali gus meletakkan persaingan PRN Johor kali ini lebih tertumpu kepada BN serta PH.

“Tindakan itu tidak semestinya ia memberi kelebihan kepada BN sahaja, kerana PH juga meraih manfaat kerana tidak bertanding di kerusi tradisi gabungan itu, Tangkak, Bentayan, Penggaram, Skudai, Bukit Batu, Senai, Perling dan Johor Jaya.

“Parti lain yang bertanding seperti Bersama, mempunyai retorik perjuangan tersendiri namun sejauh manakah persepsi rakyat dan penerimaan masih menjadi persoalan besar kerana parti tradisi lain sudah lama mencipta rekod dan sejarah,” katanya.

Related Posts

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

SEGAMAT – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Noraziah Mohd Razit menampilkan tiga tekad utama dalam membawa perubahan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekiranya menang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor sedang menuju era baharu, Haniff gariskan lima sebab PH wajar diberi mandat lima tahun

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH), Haniff Hosman menggariskan lima sebab utama mengapa rakyat Johor perlu memberikan mandat penuh selama lima tahun kepada Pakatan Harapan bagi meneruskan agenda pembangunan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

Pelan Bioteknologi Sabah 2024-2034 pacu bioekonomi, perkasa tadbir urus biodiversiti

Pelan Bioteknologi Sabah 2024-2034 pacu bioekonomi, perkasa tadbir urus biodiversiti